PROJEK KEDIAMAN 1 : RUANG TETAMU


  Assalammualikum,

  Ulasan hasil kerja berikut adalah  '' kerja reka dan bina '' sebuah  Ruang Tetamu .   Warna kebiruan mendominasi  warna permukaan dinding dan  warna coklat pada kemasan   kerja-kerja pertukangan kayu.   Kain Langsir kelabu berkilat   menampakkan suasana elegan.  Di samping kesan pengcahayaan  lampu downlight dan chandeliar  berwarna kekuning-kuningan   memperlihatkan ruang tetamu  ini  lebih kelihatan ceria dan  menarik.  Kabinet  kayu  jenis berlaminasi   kesan '' natural '' digabungkan  dengan kemasan  '' wallpaper ''  bercorak  bunga -bungaan emas  hitam jelas memberi impak moden  dan keseragaman  kepada pembikinan  ruang tetamu ini.

Siling  panel  berlaminasi 

Kabinet TV jenis kayu berlaminasi 


Pemasangan  kertas dinding bercorak 

Kertas dinding  bercorak  bunga emas  kehitaman .





KEDIAMAN SERBA LENGKAP  DI BEVERLY HEIGHT.

KUALA LUMPUR,MALAYSIA.

Syukur Alhamdullillah,Baru-baru ini ,syarikat kami telah pun dapat menyiapkan  sebuah projek ubahsuai dan hiasan dalaman sebuahkediaman mewah milik seorang Usahawan yang berjaya.


''Suasana  relaks  dan tenang '' adalah katakunci pelanggan kepada kami.Olehitu fokus utama rekaan mestilah dekorasidan susun atur ruang yang praktikal perludi ketengahkan.

Bagi kami ,tugas yang diberikan lebih mudah sebab pemiliknya berfikiran terbuka dan menerima ideas dan setiapcadangan untuk kami bincangkan bersama secara profesional.

Pemilik tahu apa yang diinginkan  untuk kediamannya.Pelaburan dan kepercayaan yang diberikan  membolehkan syarikat kamiberjaya merealisasikan tanggungjawab ini sesingkat tempoh 2 bulan sahaja. 


Terima kasih kami lafazkan buat usahawan berjaya ini sebab memberipeluang untuk kami membuktikan hasil kerja kami. Kepada  crew - crewkerja JM BASE ....Tahniah....''Amanah ,Semangat,Ketekunan danKerajinan '' merupakan motto kejayaan syarikat kami....
Wassallam.